Pages

Sunday, October 30, 2011

Sifat Sabar Menurut Cendekiawan Islam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…
SABAR adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah. Berpandukan kepada pengertian itu, sabar adalah satu istilah yang mengandungi pelbagai makna dan nama.
Contohnya menahan diri di medan perang disebut berani (as-saja’ah), lawannya bacul (al-jubn), manakala menahan diri daripada suatu keinginan nafsu Arabnya disebut ‘dabtun nafs’ dan lawannya ‘al-batr’.
Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.
Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud: “Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” (Ali-Imran:200)
Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:
1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan nabi.
Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.
2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.
3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.
4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.
Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:
  • Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.
  • Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.
  • Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.
5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan.
Harus diingat, dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan, bahkan kekayaan dan kekuasaan.

Kenyataan dari Pengalaman

Salam buat kengkawan semua.....

tanggal 14/05/2011 jam 0530 pg maka berlepaslh aku meninggalkan M'sia untuk melaksanakan satu tugasan bersama PBB atau lebih dikenali dgn UN...klo dulunya mse zaman aku skolah,aku hanya mmpu melihat UN ni dlm berita je...mse tu pun klo x silap aku mse bosnia tgh bergolak.....tp skang aku sendiri dh melibatkan diri dlm UN nie selain berkhidmat mewakili malaysia demi melaksanakan penugasan di Negara org....

Lebih kurang 0940 hrs aku selamat mendarat di Airport Dili yg x sebesar mne pun sbb aku rse airport kt Tekah (dkt umah aku) tu lg besar kot......trun je dr flight Jordan Air, aku disambut oleh mereka yg telah sedia menanti kedatangan rombongan aku.....meremang bulu roma aku seolah2 msih lg x percaya yang aku kini di TIMOR LESTE.....

skang,lebih kurang dua minggu aku kt sini,ape yg dapat aku saksikan adalah keunikan masyarakat timor...wlaupun sering bergaduh,baling2 batu,bakor2 umah..(ni btul2 pye bakor...bkn ucop wilcha...)tp blum pnah lg aku jmpe peminta sedekah,remaja melepak,merempit.....negara nie bleh tahan jga maju die...terutama dari segi pengangkutan dimana kereta2 dari honda,toyota,nissan,mitsubhishi menghiasi teksi2 mereka.....suasana berbeza dgn negara kita...rakyat kte merasa terlalu selesa....melepak,merempit,menghabiskan masa dgn x ttu arah adalah perkara biasa....sbb mereka x merasa kesusahan ini....setiap yang diinginkan pasti akan dipenuhi,tp mcm mne dgn kanak2 disini???diorg berusaha untuk mencari pendapatan....kecik2 lg dh jmpe diorg jual 'pulsar' atau kt tempat kte pggl top up tpon.....begitu gigih diorg mencari rezeki...mmg menyayat hati....

satu ptg,aku smpat bersmbang dgn satu bdak timor ni mse nk men takraw...bdk nie memuji2 m'sia...malaysia baguss,katenye.....mmg bagus kate aku tp smbil berfikir....ye ke??knapelh perlu ade hasad dengki???terasa megah???terasa terlalu selesa....bayangkanlh sekiranya keamanan yg kte kecapi skang bertukar secara tbe2 kerana kte lebih merasa bangga ble menyaksikan,buruh2 luar membina pencakar langit tuk kemegahan kte tp akhirnya kte ditelan bersama kemegahan itu.....sme2 lh kte berfikir.....

baru aku thu,lbih kurang kesusahan seperti nie lh yg pnh dilalui pada zaman opah aku dulu...mmg perit waktu itu....syukur,kerana aku mampu melihat bagaimana payahnye untuk mencari sesuap nasi.....bagaimana kanak2 5-6 tahun menolong ibu bapa mencari kayu api untuk jualan ayam bakar,ikan bakar....memang menginsafkan.....pedoman buat semua.....wassalam.....

Terbaik....

kita cuba buat yang terbaik,lakukan yang terbaik,tegur dengan cara baik,jadi yang terbaik....sebaik - baiknya...tp msih ade perasaan yang kurang memahami dan kurang menghayati....hati umpama batu adakalanya.....x pernah nk fikirkan kesungguhan tuk merubahnya....ape yang bermain dikotak fikirannya hanyalah keindahan dunia semata....bukan merungut,bukan mengungkit tp rse amat kurang dihargai dan kurang diperlukan...x tahu ape yang terkandung dibenak fikirannya...

bila nasi dh jadi bubur,mulalah nk cari kesalahan yang sebenanrnya berpunca dari diri kita sendiri....suka menuding jari terhadap org lain...belajar..belajarlah menghormati hak org yang sepatutnya berhak.....jgn fikirkan seronok atau bahagia yang mungkin hanya seketika tp cbe lh bertindak positif dalam setiap teguran....x salah klo nk berubah dari negatif ke positif tp bkn nye berubah dari negatif ke positif dan kemudiannya berpatah balik dan berada ditengah2...dimana pendirianmu???dimana???!!!!marah bkn bererti benci tp klu teguran atas kesilapan yang sering dilakukan berulang kali,dimanakah keikhlasannya????dimana???!!!!

bercakap bukan berdasarkan hati dan naluri tapi pengalaman dan rona kehidupan sekeliling menjadikan seseorg itu lebih matang.....seperti lecture aku jelaskan ptg td,kita pelu keluar dari kepompong dan beusaha untuk memerdekakan diri....tidak terlalu bergantung pada insan lain untuk meneruskan kehidupan umpama jalan bertongkat...klo tanpa tongkat,adakah kita akan berjalan dengan teraba2???kita didunia bukannya diukur dari segi akademik semata2 tp pengalaman yang mendewasakan kita sebenarnya.....klo belajar sampai ke menara gading skalipun tp pengalaman kurang dan sifat capitalism masih tebal dalam diri,ape gunanya???bkn menidakkan capitalism tp berusahalah untuk berdiri diatas kaki sendiri.....ingat!!!!BERDIRI DIATAS KAKI SENDIRI!!!!

gagal hidup nie sebenarnya bila kita x mampu berdiri atas kaki sendiri ataupun masih bergantung untuk meneruskan liku2 kehidupan.....andainya ingin melihat kegagalan itu,teruskanlah..teruskanlah biar diri dan pemikiran dikuasai oleh insan lain!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Khatimah cinta

Oh kidung malam
nyanyikan lgu
Rindu hatiku yg terpendam

Oh bintang malam
lukis wajahku
Katakan aku pergi.....

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu....

Sudahlah.....sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Kudakap dlm tidur panjangku

Sudahlah.....sudah
Ku harus pergi Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku
Peluk tubuhku Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi......

Friday, October 28, 2011

.....Untuk renungan seketika......

KAdang2 kita takut untuk berdamping dgn "air", takut tenggelam..,
Kadang2 kita takut untuk mendekati "api",takut kepanasan..,
Kadang2 kita takut untuk menghampiri "batU",tAkut alami kecederaan..,
Dan kadang2 kita takut untuk membuat "keputusan",takut ada yang terguris perasaan...
Bila kita berada dalam keaadaan itu, ISTIKHARAHLAH jalan penyelesaian, hanya Allah yang ...

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah SWT…. Dah baca mutiara kata diatas kn???kalau direnung dan difikirkan, semua tu memang berlaku dalam kehidupan seharian kita dan inya juga salah satu lumrah kehidupan sebagi insan ciptaan Allah SWT yang diberi nafas dan kehidupan tetapi kita perlu gunakan peluang itu sebaiknya…. Tidak dinafikan arus pembangunan yang semakin mendadak sekarang sedikit sebanyak mampu mempengaruhi gaya hidup kita semua yang mungkin juga akan terarah ke arah sosial atau mungkin juga diabdikan diri ini dengan memanfaatkan setiap kejadiaan ciptaanNya untuk dijadikan pedoman bagi meneruskan kehidupan ini…

Bagi diri aku suatu ketika dulu, banyak cabaran dan dugaan yang aku hadapi tidak kira baik atau tidak baik….mungkin juga ada hikmah disebalik penjejakan kaki aku disini…dengan cara dan lifestyle yg serba sederhana disini menyedarkan aku tentang apa itu kehidupan…antara yang menyedarkan aku, adalah berapa payahnya mereka untuk meneruskan kehidupan seharian tatkala dikelilingi oleh agama2 lain disekeliling sedangkan diorg ini adalah minoriti disini dengan angka hanya 1% daripada jumlah penduduk disini tapi yang menguatkan diorg adalah dengan kedatangan Petugas PBB ini dari setiap pelusuk negara yang majoritinya adalah beragama Islam sehingga Masjid An Nur iaitu satu2nya masjid di negara ini mampu untuk dipenuhi menjelang solat jumaat….dan daripada situ juga dapat dilihat keindahan Islam ini sendiri…apa tidaknya, jika diperhatikan seandainya seluruh umat Islam di muka bumi ini bersatu, memang cukup teguh ikatan itu….tapi bagi diri aku sendiri, bukanlah bertujuan untuk menjatuhkan negara sendiri Cuma sekadar pendapat….kenapakah mesti isu politik sering kali diperbesarkan…aku bukanlah golongan yang anti politik, pro kerajaan atau yang sewaktu dengannya, Cuma melontarkan pendapat dalam benak fikiran aku nie je…

Sebenarnya banyak isu2 harian kalau aku nk kupaskan tp rasanya tak perlu lah kot…kalau korg setuju dengan pendapat aku nie, korg pun tahu antara isu2 yang aku maksudkn nie….entahlah….dan penyelesaian bagi diri aku sendiri, aku akan cuba buat yang terbaik,betulkan mana yang silap, tunaikan apa yang wajib dan semua itu hanya untuk keluarga aku tidak kira yang rapat ataupun tidak…disamping itu juga, aku akan cuba menbantu sahabat2 aku seandainya diorg dirundung kesulitan…insyaAllah…ini semua juga bergantung dengan izin dari Nya…..

Beralih ke satu lagi topik iaitu berkisar tentang majikan dan pekerja…..kalau direnungkan, seorang ketua akan mengarahkan pekerjanya membuat sesuatu tugas mengikut kehendaknya dan tugas itu dilaksanakan sedaya upaya pekerja tersebut untuk memenuhi permintaan ketuanya…..ok, situasi seterusnya….pekerja cuba melontarkan satu pendapat untuk manfaat semua pekerja tetapi berapa ramaikah ketua yang mampu untuk penuhi dan menerima pendapat pekerja tersebut????susahkan nk jumpa….itulah realiti apabila menjadi seorang ketua…kadang kala kita lupa akan pengorbanan dan kesulitan yang dialami oleh pekerja…yang diorang tahu, apa yang diorang nak akan dipenuhi sedangkan pada hakikat yang tidak nampak pada zahirnya, sama je kedudukan kita semua nie….Cuma yang membezakan mungkin dia dh kerja lama dari kita…cuba kalau kita plak yg kerja lama dari dia??dh tentu kita pulak yang buat mcm tue…..oleh itu beringatlah wahai ketua2 semua, x kiralah ketua apa pun…ingatlah balaik apa tanggungjawab sebagai seorang ketua????x perlu untuk menakut2kan pekerja dengan perkataan “kalau”…ketua yang baik, diakan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pekerjanya….x kira lah apa keadaan sekalipun…kalau rasa tak mampu, jangan jadi ketua….memang rezeki Allah SWT yang bagi, jadi bila Allah SWT dah bagi kenelah amanah jalankan tanggungjawab…jangan lah bersikap untuk lepas tangan je….konon2nye bila dah sampaikan satu2 arahan, dan pekerja langgar arahan tersebut, dia dh lepas tangan…sebab ape???sebab ayat nie “Saya dah bagitahu dah dulu,tapi ko nak buat jugak…ko tanggung le sendiri…saya tak tahu, saya dah bagi tahu kt ko,ko yang x nk ikut..nasib ler….”

Ish3……tp x mustahil mmg ade yang macam tue…setahu aku dan sepengetahuan aku, kita nie sebagai Islam dah mmg ade tanggungjawab…kita kerja nie pun satu tanggungjawab jugak tp kene dengan niat yang baik le mase nk kuar keje tue….Rasenye kalau nk berceloteh bab nie mmg panjang berjela nie…..aku pun kadang2 muak jugak dengan segelintir ketua yang macam nie…apa yang baik aku jadikan contoh dan apa yang buruk aku lupakan je lah…..Rasanya ini je lah coretan coretin aku untuk entry kali nie, sbb aku pun tgh blurrr jgk skang nie….InsyaAllah, ade kelapangan nanti aku post lagi entry yang lain plak….dalam pada tue, andai ade terkasar ayat diatas aku mintak maaf sesangat, almaklumlah…..dengan penuh perasaan luahkan nie…hahaha…sekian saje yer….Assalamualaikum wbt….

Saturday, October 15, 2011

Kehilangannya dirasai....

Assalamualaikum buat teman2ku semua.....

Dalam kelegaan yang aku rasakan sbb dapat buka balik blog aku nie, aku telah ditimpa satu musibah dan mungkin juga satu ujian yang padaku agak berat jugak untuk aku lalui....ape tidaknye setelah semalaman aku x tidur semata - mata nk siapkan satu projek khas sempena majlis penyematan pingat PBB dan tugas yang aku dipertanggungjawabkan untuk mencarikan antara majlis yang terbaik dikalangan negara - negara yang telah menganjurkannya sebelum ini seperti Portugal, Bangladesh, Pakistan, Uganda, Zimbabwe, Singapore dan byk lagi....

Apa yang aku maksudkan ialah apabila External hard disk Ministation Buffalo 1 TB yang dihadiahkan oleh ibunda dan kekanda ku yang tercinta semasa aku pulang CTO di Malaysia bulan 9 yang lalu telah out of service atau dalam bahasa bandar, jahanam yob!!!! Rasanya mcm nk mengalir je air mata nie tp ku tahan jebat....aku sampaikan berita duka nie kt In Charge aku iaitu Kpl Razak...dan ape yg aku lihat, perasaan yang sama turut dirasainya...bukan sebab ape, cume segala kerja2 dan kenangan2 sepanjang kitorg di Timor Leste ni ade dalam tue....selain tue ade jugak dokumen2 penting untuk serah menyerah tugas nanti yang dah aku siapkan terlebih awal walaupun sepatutnya aku siapkan dalam bulan 10 nie....tp untuk persiapan awal, aku dh buat sebelum aku CTO lagi...oh ye CTO tu ade lah perumpamaan atau sama dengan CUTI le jgk cume dlm bahasa di peringkat UN nie je...aku pun x brapa nk ingat ape maksud die sbb aku tahu sebut jer...hahahha...

Mcm2 aku cbe buat utk dapatkan balik isi kandungan dalam tue sambil dibantu dengan sekuat daya oleh member aku Mr. Saddiq....tp tetap gagal sbb langsung dah x bleh nk detect....mmg frust sgt2 nie....korang pun tahu le kan ble dh ade hard disk nie, mmg mcm2 korg akan simpan dlm tue..termasuklah aku...dari gambar, lagu,movie,ceramah2 dan lain2 dokumen...tp nasib baik jgk sbb antara movie dgn ceramah2 yang ade dalam tue aku bleh amek balik kt kwn2 aku....sebabnye ceramah dan movie nie mmg masing2 berkongsi minat nk simpan....mmg x de masalah ler....tp yg x dpt nk buat ape dah ialah dokumen penting dan gambar2 kenangan dalam tue....klo korg ade kwn2 yang pakar dalam hal nie, bleh le tlg suggestkan problem aku nie...mne le thu ade penyelesaiannya....almaklumlah kn setiap masalah ade penyelesaiannya.....

Dan satu perkara yang aku terguris skit ialah insan yang sepatutnya bertanggungjawab tue....setahu aku laptop dan hard disk aku tu x ganggu spe2 pun mse aku ltakkan kt meja dalam opis aku nie...x de ke die rase bersalah ke, nak minta maaf ker....klo ikutkan hati aku td, mmg aku geram sgt2 kt 'mamat' nie tp memandangkan aku perlu bersabar, jd aku bersabar je...cme aku cbe lepaskan kemarahan aku nie kt kerusi kayu tempat melepak dimalam hari ataupun 'dam aji corner' tue je.....lagi bagus rsenye dari aku g cepuk 'mamat' tue.....ape yang kwn2 mampu ucapkan, bersabarlah shah.....ye, aku ttap akan bersabar walaupun segala hasil titik peluh aku semua ade dalam tue...mungkin jugak bukan rezeki aku, mungkin jugak ujian Allah SWT supaya aku lebih kuat bersabar....dan peringatan buat aku jgk bahawa setiap yang tidak kekal pada diri kita adalah bukan milik kita.....

Baru je kejap td Mr Saddiq nie amek balik hard disk aku nie...mungkin die dpt idea baru plak kot....minta2 selamatlah semuanya....aku sayang sgt2 hard disk nie...ye lah sbb tue pun salah satu hadiah gak dari ibunda dan kekandaku yang tercinta.....mengingati kepada si 'mamat' td mmg btul2 aku geram sgt2....kenapalah adenye manusia yang tiada perasaan bersalah walaupun ternyata kesalahan tu dibuat olehnya???bukan aku minta die dtg melutut minta maaf kan aku tp sekurang2nye klo bleh berkongsi rase kehilangan tue pun dah kira ok dah...klo nk ikutkan hati aku, mmg aku nk je suh die buat balik semua yang aku dh buat dalam tue....bukan kejap yop, dkat 6 bulan jgk smua keje2 dalam tue...tapi diakhirnya, aku kne tetapkan dalam fikiran dan dalam hati aku nie bahawa tu bukan rezeki aku...aku redha.....rsenye cukup lah dulu luahan hati nie stakat ini....lagipun dh hampir time subuh dah nie....baik aku tunaikan kewajipan aku dulu sebelum aku mengatur langkah menuju ke tempat beradu aku....InsyaAllah, ade kelapangan lagi akan aku updatekan blog aku nie walaupun blum ade followers lg....ahakkksss....itu saje ye teman2, Assalamualaikum wbt.....

Wednesday, October 12, 2011

Salam Perkenalan buat semua

Bismillahirahmanirrahim......
Assalamualaikum wbt....

Alhamdulillah, akhirnya tertimbul semula blog ini...bukan ape, dulunya blog ini pernah aktif tp terpaksa dihilangkan seketika atas sebab - sebab penyelenggaraan dan naik taraf blog nie....ade jgk dua tiga sahabat yang minta untuk diaktifkan semula blog nie tp rsenye mase belum cukup sesuai lagi...sehinggalah ke detik ini yg menjadikan ianya kenyataan....InsyaAllah....setiap yang diperkatakan atau dihuraikan disini bukan lah untuk menjatuhkan atau mengaibkan mana - mana pihak....ianya hanyalah sekadar luahan atau sekadar pengajaran buat pemilik blog dan juga pengikutnya.....

Saya tidak bercadang untuk mencoretkan dengan lebih panjang lebar kerana masa di sini (Timor Leste) dan hampir menjelang subuh...jadi, kiranya adalah lebih baik jika kita sambung bicara di masa yang lain dan sekiranya ada kelapangan...InsyaAllah....