Pages

Friday, October 28, 2011

.....Untuk renungan seketika......

KAdang2 kita takut untuk berdamping dgn "air", takut tenggelam..,
Kadang2 kita takut untuk mendekati "api",takut kepanasan..,
Kadang2 kita takut untuk menghampiri "batU",tAkut alami kecederaan..,
Dan kadang2 kita takut untuk membuat "keputusan",takut ada yang terguris perasaan...
Bila kita berada dalam keaadaan itu, ISTIKHARAHLAH jalan penyelesaian, hanya Allah yang ...

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah SWT…. Dah baca mutiara kata diatas kn???kalau direnung dan difikirkan, semua tu memang berlaku dalam kehidupan seharian kita dan inya juga salah satu lumrah kehidupan sebagi insan ciptaan Allah SWT yang diberi nafas dan kehidupan tetapi kita perlu gunakan peluang itu sebaiknya…. Tidak dinafikan arus pembangunan yang semakin mendadak sekarang sedikit sebanyak mampu mempengaruhi gaya hidup kita semua yang mungkin juga akan terarah ke arah sosial atau mungkin juga diabdikan diri ini dengan memanfaatkan setiap kejadiaan ciptaanNya untuk dijadikan pedoman bagi meneruskan kehidupan ini…

Bagi diri aku suatu ketika dulu, banyak cabaran dan dugaan yang aku hadapi tidak kira baik atau tidak baik….mungkin juga ada hikmah disebalik penjejakan kaki aku disini…dengan cara dan lifestyle yg serba sederhana disini menyedarkan aku tentang apa itu kehidupan…antara yang menyedarkan aku, adalah berapa payahnya mereka untuk meneruskan kehidupan seharian tatkala dikelilingi oleh agama2 lain disekeliling sedangkan diorg ini adalah minoriti disini dengan angka hanya 1% daripada jumlah penduduk disini tapi yang menguatkan diorg adalah dengan kedatangan Petugas PBB ini dari setiap pelusuk negara yang majoritinya adalah beragama Islam sehingga Masjid An Nur iaitu satu2nya masjid di negara ini mampu untuk dipenuhi menjelang solat jumaat….dan daripada situ juga dapat dilihat keindahan Islam ini sendiri…apa tidaknya, jika diperhatikan seandainya seluruh umat Islam di muka bumi ini bersatu, memang cukup teguh ikatan itu….tapi bagi diri aku sendiri, bukanlah bertujuan untuk menjatuhkan negara sendiri Cuma sekadar pendapat….kenapakah mesti isu politik sering kali diperbesarkan…aku bukanlah golongan yang anti politik, pro kerajaan atau yang sewaktu dengannya, Cuma melontarkan pendapat dalam benak fikiran aku nie je…

Sebenarnya banyak isu2 harian kalau aku nk kupaskan tp rasanya tak perlu lah kot…kalau korg setuju dengan pendapat aku nie, korg pun tahu antara isu2 yang aku maksudkn nie….entahlah….dan penyelesaian bagi diri aku sendiri, aku akan cuba buat yang terbaik,betulkan mana yang silap, tunaikan apa yang wajib dan semua itu hanya untuk keluarga aku tidak kira yang rapat ataupun tidak…disamping itu juga, aku akan cuba menbantu sahabat2 aku seandainya diorg dirundung kesulitan…insyaAllah…ini semua juga bergantung dengan izin dari Nya…..

Beralih ke satu lagi topik iaitu berkisar tentang majikan dan pekerja…..kalau direnungkan, seorang ketua akan mengarahkan pekerjanya membuat sesuatu tugas mengikut kehendaknya dan tugas itu dilaksanakan sedaya upaya pekerja tersebut untuk memenuhi permintaan ketuanya…..ok, situasi seterusnya….pekerja cuba melontarkan satu pendapat untuk manfaat semua pekerja tetapi berapa ramaikah ketua yang mampu untuk penuhi dan menerima pendapat pekerja tersebut????susahkan nk jumpa….itulah realiti apabila menjadi seorang ketua…kadang kala kita lupa akan pengorbanan dan kesulitan yang dialami oleh pekerja…yang diorang tahu, apa yang diorang nak akan dipenuhi sedangkan pada hakikat yang tidak nampak pada zahirnya, sama je kedudukan kita semua nie….Cuma yang membezakan mungkin dia dh kerja lama dari kita…cuba kalau kita plak yg kerja lama dari dia??dh tentu kita pulak yang buat mcm tue…..oleh itu beringatlah wahai ketua2 semua, x kiralah ketua apa pun…ingatlah balaik apa tanggungjawab sebagai seorang ketua????x perlu untuk menakut2kan pekerja dengan perkataan “kalau”…ketua yang baik, diakan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pekerjanya….x kira lah apa keadaan sekalipun…kalau rasa tak mampu, jangan jadi ketua….memang rezeki Allah SWT yang bagi, jadi bila Allah SWT dah bagi kenelah amanah jalankan tanggungjawab…jangan lah bersikap untuk lepas tangan je….konon2nye bila dah sampaikan satu2 arahan, dan pekerja langgar arahan tersebut, dia dh lepas tangan…sebab ape???sebab ayat nie “Saya dah bagitahu dah dulu,tapi ko nak buat jugak…ko tanggung le sendiri…saya tak tahu, saya dah bagi tahu kt ko,ko yang x nk ikut..nasib ler….”

Ish3……tp x mustahil mmg ade yang macam tue…setahu aku dan sepengetahuan aku, kita nie sebagai Islam dah mmg ade tanggungjawab…kita kerja nie pun satu tanggungjawab jugak tp kene dengan niat yang baik le mase nk kuar keje tue….Rasenye kalau nk berceloteh bab nie mmg panjang berjela nie…..aku pun kadang2 muak jugak dengan segelintir ketua yang macam nie…apa yang baik aku jadikan contoh dan apa yang buruk aku lupakan je lah…..Rasanya ini je lah coretan coretin aku untuk entry kali nie, sbb aku pun tgh blurrr jgk skang nie….InsyaAllah, ade kelapangan nanti aku post lagi entry yang lain plak….dalam pada tue, andai ade terkasar ayat diatas aku mintak maaf sesangat, almaklumlah…..dengan penuh perasaan luahkan nie…hahaha…sekian saje yer….Assalamualaikum wbt….

No comments:

Post a Comment